• Bajet 2018 Holistik - Nancy

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Bajet 2018 adalah holistik yang mengambil kira kepentingan seluruh masyarakat tanpa meminggirkan setiap lapisan masyarakat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Syukri.

    "Peruntukan RM1 bilion untuk Sarawak bagi membina semula dan menaik taraf sekolah daif sudah tentunya satu berita baik untuk pelajar dan warga guru di sekolah yang terjejas.

    "Selain itu, bajet pendidikan untuk pelajar pendidikan tinggi juga tidak dilupakan dengan memperkenalkan pelbagai insentif untuk mereka," katanya.

    Memetik laporan Utusan Borneo, Nancy turut memberitahu Bajet 2018 turut menekankan usaha memperkasakan golongan wanita terutama usahawan wanita agar golongan itu dapat hidup berdikari dan menjadi penyumbang pendapatan keluarga.

    Tambahnya, geran sebanyak RM5,000 turut diberikan kepada pemandu teksi bagi menggalakkan pemandu teksi sedia ada beralih kepada cara untuk menjana ekonomi menggunakan sistem aplikasi e-hailing.-Sarawakiana


  • No Comment to " Bajet 2018 Holistik - Nancy "