• Bajet 2018 Buktikan Keprihatinan Najib Terhadap Sarawak - Abang Jo

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyifatkan Bajet 2018 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak Jumaat lepas sebagai prihatin terhadap kehendak rakyat Sarawak.

    Memetik laporan Utusan Borneo, beliau berkata peruntukan yang diberikan kepada kerajaan negeri Sabah dan Sarawak dalam aspek bekalan air di kawasan luar bandar, elektrik serta kemudahan jalan menunjukkan komitmen kerajaan persekutuan memacu pembangunan kawasan pedalaman.

    Menurutnya, tumpuan turut diberikan kepada peruntukan sekolah daif yang dinantikan selama ini.

    Tambahnya, peruntukan berjumlah RM1 bilion diumumkan bagi membangunkan sekolah daif di negeri ini dan ia jelas membuktikan selain peruntukan biasa yang diterima sebelum ini Sarawak juga mendapat peruntukan tambahan.-Sarawakiana
  • No Comment to " Bajet 2018 Buktikan Keprihatinan Najib Terhadap Sarawak - Abang Jo "