• ASTRO Kata Shahir Masih Finalis

    Published: Friday, 20 October 2017
    A- A+

    "Shahir masih lagi seorang daripada peserta akhir program AF Megastar".

    Itu penjelasan yang diberikan wakil Astro dalam satu kenyataan media berkenaan status Instagram yang dimuat naik penyanyi Shahir Zawawi hari ini.

    Menurut Jurucakap Astro, setakat ini Shahir masih lagi finalis AF Megastar yang akan berlangsung Ahad ini.

    "Kami di pihak penerbitan AF Megastarsedia maklum mengenai status yang dimuat naik Shahir di ruangan media sosialnya sebentar tadi. Namun begitu, kami merasakan ia adalah luahan peribadi Shahir secara individu.

    "Setakat ini, kami boleh mengesahkan Shahir masih lagi salah seorang peserta rasmi program AF Megastar dan kami di pihak penerbitan sedang giat menyediakan kesemua peserta untuk konsert akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini.

    Menerusi kenyataan itu juga pihak Astro yakin penyanyi itu akan memberikan persembahan yang terbaik.

    "Kami yakin Shahir adalah seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminatnya terutamanya sepanjang menyertai program ini,"katanya.

    Terdahulu, Shahir menyatakan hasrat untuk menarik diri dalam program final AF Megastar di laman sosial Instagram.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " ASTRO Kata Shahir Masih Finalis "