• Aset Orang Kaya China RM11 Trilion

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Gabungan jumlah 2,130 orang terkaya China iaitu AS$2.6 trilion (RM11 trilion) menyamai jumlah KDNK negara kelima ekonomi terbesar dunia, United Kingdom.

    Menurut Hurun Rich List, orang terkaya China ialah Pengerusi konglomerat pemaju hartanah Kumpulan Evergrande, Xu Jiayin, dengan aset berjumlah AS$43 bilion (RM181.6 bilion).

    South China Morning Post melaporkan, Pengerusi Kumpulan Wanda, Wang Jianlin, yang mendahului senarai itu tahun lalu, kini berada di tangga kelima berikutan kejatuhan harga saham kumpulan itu menyebabkan asetnya merosot kepada AS$23 billion (RM97.1 bilion).

    Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tencent, Pony Ma Huateng, ditangga kedua dengan aset AS$37 bilion (RM156.2 bilion), mengatasi CEO Alibaba, Jack Ma (AS$30 bilion - RM126.7 bilion) di tangga ketiga.

    Di tangga keempat ialah wanita terkaya China, Yang Huiyan, iaitu timbalan pengerusi dan pemegang saham terbesar pemaju hartanah Country Garden dengan aset AS$24 billion (RM101.3 bilion).

    Antara individu lain dalam 10 teratas senarai itu, termasuk pengasas serta CEO Baidu, Robin Li, dan CEO NetEase, Ding Lei.

    Menurut senarai itu, daripada 2,130 orang, 43 individu ialah dari Alibaba dan anak syarikatnya, Ant Financial, dengan aset sekitar AS$300 juta (RM1.3 bilion).-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Aset Orang Kaya China RM11 Trilion "