• Asajaya Diisytihar Kawasan Terbaru Wabak Rabies

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Kampung Sampun Gerunggang di Asajaya diisytiharkan sebagai kawasan baharu jangkitan wabak Rabies.

    Perkara tersebut dimaklumkan Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini.

    Menurutnya, ia menjadikan jumlah keseluruhan wabak tersebut setakat ini sebanyak 26 buah tempat, susulan kawasan tersebut berada di luar radius 10 kilometer kawasan yang telah diwartakan sebelum ini.

    “Dengan lokasi terbaharu itu, sebanyak 20 tempat di bahagian Serian diisytiharkan sebagai kawasan rabies, seperti Kampung Krait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paon Rimu Bakung, Kampung Remun, Kampung Lebor, Kampung Saroban, Kampung Tangga, Kampung Ampungan, Kampung Mentong Berawan, Kampung Mentong Silaga, Kampung Engkabang, Kampung Tampek Sumpas, Kampung Rasau, pekan Siburan, bandar Serian, Batu 45 Jalan Kuching-Sri Aman, Kampung Temong Mura (Tebedu), Kampung Entubuh (Tebedu) dan Kampung Kuala, Gedung,” ujarnya.

    Di bahagian Sri Aman, kawasan terjejas adalah Rumah Janta Punggu Mawang manakala di bahagian Kuching pula, adalah Batu 5 di Jalan Semeba, Pasar Basah Sungai Maong, Kampung Serikin, Bau dan Taman Alamanda Indah, Matang. – Sarawakiana

  • No Comment to " Asajaya Diisytihar Kawasan Terbaru Wabak Rabies "