• AS Tahu Pembersihan Politik Indonesia

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    JAKARTA – Amerika Syarikat tahu mangsa-mangsa dibawa untuk disembelih semasa pembersihan politik di Indonesia pada tahun 1960-an.

    Brad Simpson, pengasas dan pengarah projek dokumentasi Indonesia dan Timor Timur – merupakan individu yang mahu dokumen itu didedahkan.

    “Dokumen-dokumen ini menunjukkan dengan terperinci bahawa para pegawai Amerika Syarikat mengetahui banyak orang yang terbunuh,” kata Encik Simpson, sambil menyatakan pendirian Amerika Syarikat pada masa itu adalah ‘senyap’.

    Menurut dokumen-dokumen yang didedahkan, sekurang-kurangnya 500,000 orang terbunuh antara tahun 1965 dan 1966 selepas tentera dan pemberontak tempatan Islam mengamuk, disusuli dengan percubaan rampasan kuasa.

    Ia adalah salah satu daripada pembunuhan beramai-ramai yang paling buruk pada abad ke-20, tetapi pada masa itu Washington tetap diam.

    Dokumen-dokumen itu menunjukkan kakitangan Amerika Syarikat menyifatkan kejadian itu melalui telegram sebagai “penyembelihan” dan “pembunuhan sewenang-wenangnya”, mendedahkan pengetahuan intim operasi tentera Indonesia untuk “membersihkan sepenuhnya” Parti Komunis dan kumpulan sayap kiri.

    Adalah dipercayai sebanyak tiga juta orang kehilangan nyawa dalam masa setahun.

    Keganasan – yang merupakan topik tabu di Indonesia selama hampir 50 tahun dan masih sangat sensitif sehingga hari ini – dibebaskan selepas komunis dituduh membunuh enam jeneral pada akhir September 1965.

    Ia adalah puncak Perang Dingin dan perjuangan untuk kuasa antara Komunis, kumpulan tentera dan Islam.

    Menurut salah seorang staf kedutaan Amerika Syarikat di Jawa Timur, bertarikh 28 Desember 1965, “mangsa korban dibawa keluar dari daerah secara beramai-ramai sebelum dibunuh dan mayat-mayat dikuburkan berbanding dibuang ke sungai seperti sebelum itu”.

    Telegram mengatakan, banduan yang disyaki sebagai komunis juga “diserahkan kepada orang awam untuk disembelih”.

    Satu lagi dokumen yang disusun oleh setiausaha pertama kedutaan Amerika Syarikat, bertarikh 17 Disember 1965, adalah senarai terperinci para pemimpin komunis di seluruh negara dan sama ada mereka telah ditangkap atau dibunuh. – MalaysiaGazette

    Subjects:

  • No Comment to " AS Tahu Pembersihan Politik Indonesia "