• AS sedia bertindak balas terhadap Pyongyang: Trump

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) bersedia sepenuhnya untuk bertindak balas terhadap ancaman Pyongyang, tegas Presiden Donald Trump, dalam wawancara yang disiarkan hari ini.

    Presiden AS itu juga menekankan yang beliau mempunyai 'hubungan luar biasa' dengan pemimpin China.

    "Anda mungkin terkejut dan tidak pernah terbayang betapa bersedianya kami," kata Trump menerusi program Sunday Morning Futures terbitan Fox News, ketika membincangkan ketegangan dengan Korea Utara.

    Trump sejak beberapa bulan lalu terbabit dalam perang mulut dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-Un.

    "Adakah bagus untuk tidak melakukannya? Jawapannya ya. Adakah ia berlaku? Siapa tahu," kata Trump, jelas mengelak potensi konflik dengan Korea Utara.

    Ditanya dasar AS terhadap China, yang sekian lama menjadi Korea Utara, Trump memuji Beijing kerana 'membantu' negaranya menguatkuasakan sekatan ke atas Pyongyang.

    "Kami mempunyai hubungan yang luar biasa, beliau lakukannya untuk China, saya pula untuk AS. China benar-benar membantu kami berkaitan Korea Utara," kata Trump mengenai Presiden China Xi Jinping.

    Trump menambah, Xi memiliki kuasa melakukan tindakan penting berkaitan Korea Utara. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " AS sedia bertindak balas terhadap Pyongyang: Trump "