• AS, Israel tarik diri dari UNESCO

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    PARIS 13 Okt. - Amerika Syarikat (AS) disusuli Israel membuat pengumuman untuk menarik diri daripada agensi Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (UNESCO) atas alasan sikap berat sebelah ‘anti Israel’.

    Jurucakap Jabatan Negara AS, Heather Nauert berkata, tindakan itu mencerminkan kebimbangan AS terhadap UNESCO.

    “Kita memerlukan reformasi besar kerana berterusan mengambil pendekatan anti Israel,” katanya dalam kenyataan.

    Tindakan AS merupakan tamparan besar terhadap UNESCO yang berpangkalan di Paris itu kerana Washington adalah penyumbang satu perlima dananya.

    Sebelum ini AS pernah bertindak keluar UNESCO pada tahun 1984 dibawah kepimpinan bekas Presiden, Ronald Reagen sebelum masuk kembali pada 2002.

    Badan itu mengiktiraf Tapak Warisan Dunia seperti bandar purba Palmyra di Syria dan Taman Negara Grand Canyon di AS.

    Sementara itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berkata Israel akan menarik diri sambil menyifatkan keputusan AS sebagai berani dan bermoral.

    Badan itu mengiktiraf Tapak Warisan Dunia seperti bandar purba Palmyra di Syria dan Taman Negara Grand Canyon di AS. -REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " AS, Israel tarik diri dari UNESCO "