• Argentina, Uruguay,Paraguay Umum Bergabung Bida Piala Dunia 2030

    Published: Thursday, 5 October 2017
    A- A+


    BUENOS AIRES -- Argentina, Uruguay dan Paraguay pada Rabu mengumumkan ketiga-tiga negara berkenaan akan membida menjadi penganjur bersama Piala Dunia 2030.

    Presiden Argentina Mauricio Macri, Presiden Uruguay Tabare Vazquez dan Presiden Paraguay Horacio Cartes bertemu presiden FIFA Gianni Infantino dan presiden Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan, Alejandro Dominguez di Istana Presiden di Buenos Aires.

    "Ketiga-tiga negara sesuai menganjurkan acara berprestij itu. Itulah semangat kami kongsi bersama," kata Macri pada sidang akhbar.

    Mengulas mengenai keengganan Uruguay melibatkan Paraguay dalam bidaan itu, Macri berkata beliau kemudiannya berjaya menyakinkan Vazquez untuk mengubah fikirannya.

    Macri menambah, gabungan ketiga-tiga negara berkenaan akan memberikan kelebihan untuk membida.

    Beliau berkata, Argentina mempunyai antara enam dan lapan stadium Piala Dunia sementara Paraguay dan Uruguay masing-masing mempunyai dua atau tiga stadium.

    Uruguay menjadi tuan rumah edisi pertama Piala Dunia dan muncul juara dengan menewaskan Argentina 4-2 pada perlawanan akhir.- BERNAMA

    Subjects:

  • No Comment to " Argentina, Uruguay,Paraguay Umum Bergabung Bida Piala Dunia 2030 "