• Argentina ditentang rakyat sendiri

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+


    ARGENTINA: Nampaknya tuah sering tidak menyebelahi jurulatih Argentina sejak dua tahun lalu di Afrika Selatan di mana mereka bergelar naib juara Piala Dunia 2014 dan kini Jorge Celico mungkin menafikan tempat skuad White and Sky Blue ke pusingan akhir kejohanan berprestij di dunia itu.

    Jurulatih Ecuador, Celico yang kurang dikenali di negaranya, Argentina mungkin boleh meranapkan impian Lionel Messi dan rakan-rakannya ke Piala Dunia 2018 jika berjaya menewaskan juara dunia dua kali itu dalam aksi terakhir kelayakan di Andes.

    “Nasib kami berada di tempat yang anda sendiri tidak pernah bayangkan. Saya mempunyai komitmen yang besar di Ecuador kerana saya bekerja di sana. Hari ini saya bersyukur saya dapat melakukan tugas dengan baik,” katanya kepada TyC Sports. - REUTERS

    Subjects:

  • No Comment to " Argentina ditentang rakyat sendiri "