• APMM Tahan Nelayan Asing Tangkap Ikan Di Perairan Tanjung Po

    Published: Thursday, 12 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menahan sebuah bot nelayan asing selepas didapati menangkap ikan secara haram di perairan Tanjung Po di sini pukul 12.05 tengah malam pada 10 Oktober lalu.

    Pengarah Daerah Maritim Kuching, Kepten Maritim Shahref Steve Mac Queen Abdullah berkata, APMM yang sedang menjalankan operasi rutin di sekitar perairan itu telah mengesan pergerakan bot tersebut yang sedang menangkap ikan menggunakan peralatan jenis rawai.

    "Pemeriksaan ke atas bot itu menemui kemudian sembilan awak-awak berserta seorang tekong dari Vietnam berusia lingkungan 18 hingga 45 tahun.

    "Hasil pemeriksaan lanjut juga menemui kira-kira 200 kilogram ikan pelbagai jenis dan kelengkapan menangkap ikan," katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

    Menurutnya, mereka kini ditahan reman dan kes disiasat mengikut Akta Perikanan 1985.

    "Jika didapati bersalah, tekong dan awak-awak boleh didenda tidak melebihi RM1 juta dan RM100,000 setiap seorang termasuk hukuman penjara," ujarnya.

    Jelasnya, bot termasuk peralatan menangkap ikan yang digunakan mereka juga boleh disita. - K! ONLINE



  • No Comment to " APMM Tahan Nelayan Asing Tangkap Ikan Di Perairan Tanjung Po "