• 'Anu' Sangkut Dalam Botol

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+

    Khidmat anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) terpaksa ditagih bagi membantu mengeluarkan kemaluan seorang lelaki yang tersangkut pada botol minuman air mineral.

    Difahamkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu daripada pihak Hospital Taiping jam 11.27 pagi tadi.

    Ketua BBP Taiping Penolong Kanan Penguasa Bomba Hasna Rashid berkata, peralatan khas terpaksa digunakan bomba bagi memotong penutup botol berkenaan.

    Katanya, kemaluan mangsa tersekat pada botol itu sejak jam 10.30 malam tadi dan gagal dikeluarkan.

    “Ini menyebabkan mangsa berusia 29 tahun terpaksa pergi ke hospital untuk mendapatkan bantuan.

    "Menurut keterangan mangsa yang juga Orang Kurang Upaya (OKU), kejadian berpunca tindakan isterinya memasukkan botol pada kemaluannya ketika dia mahu membuang air kecil,” katanya.

    Botol berkenaan akhirnya berjaya dipotong dan operasi tamat jam 12 tengah hari.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 'Anu' Sangkut Dalam Botol "