• Anu Dalam Spanar!

    Published: Saturday, 14 October 2017
    A- A+


    DOKTOR di Hospital Rakyat Shiji, Guangzhou, China, terpaksa meminta bantuan bomba selepas kemaluan seorang lelaki tersangkut pada spanar.

    Dalam kejadian 10 Oktober lalu, lelaki itu datang sendiri ke hospital dan doktor mendapati kemaluannya sudah membengkak.

    Menurut laporan Guangzhou Daily, lelaki itu enggan menjelaskan bagaimana spanar terbabit boleh tersangkut pada kemaluannya.

    Doktor yang mendapati mereka tidak mempunyai kelengkapan untuk memotong spanar berkenaan, meminta bantuan bomba.

    Anggota bomba cuba menggunakan pemotong besi berkuasa bateri bagi memotonng spanar berkenan namun gagal kerana logam spanar itu terlalu keras menyebabkan mata pemotong haus.

    Keadaan itu menyebabkan anggota bomba terpaksa menggunakan mesin pemotong elektrik yang lebih berkuasa dan rakaman video menunjukkan percikan api ketika pemotongan dilakukan.

    Selepas dua jam, spanar berkenaan berjaya dipotong tanpa menyebabkan kecederaan pada lelaki itu.

    Ini kejadian kedua lelaki di China yang kemaluannya tersangkut pada spanar. Dalam kejadian Jun lalu, doktor sebuah hospital di wilayah Zheijing dan anggota bomba terpaksa meminta bantuan doktor gigi untuk memotong spanar berkenaan menggunakan gerudi pergigian.-Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Anu Dalam Spanar! "