• Anjur Seminar Percukaian Kebangsaan Bajet 2018

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan mulai 2 hingga 16 November ini di 24 lokasi seluruh negara bersempena pembentangan Bajet 2018 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    LHDN dalam satu kenyataan media berkata, seminar itu bertujuan memberi pemahaman yang lebih jelas berkaitan cadangan pindaan dalam Akta Cukai Pendapatan 1967 serta akta-akta berkaitan yang dibentangkan melalui Bajet 2018.

    “Sehubungan itu, kami menyeru pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan, perancang kewangan, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang berminat untuk menghadiri seminar ini bagi mengemaskini pengetahuan percukaian mereka.

    “Topik yang akan dibincangkan sepanjang seminar ini berlangsung adalah Cadangan-cadangan Bajet 2018 (2018 Budget Proposals) dan Hala Tuju Pematuhan Cukai (Tax Compliance: The Way Forward),” kata kenyataan itu hari ini.

    Kata LHDN, orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut berhubung seminar berkenaan dan mendaftar sebagai peserta diminta melayari laman web rasmi www.hasil.gov.my atau klik pautan berikut:

    http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/PRE_ANNOUNCEMENT_SPK_2017_01.pdf

    -mynewshub

    Subjects:

  • No Comment to " Anjur Seminar Percukaian Kebangsaan Bajet 2018 "