• 'Angkat' Wakil UPP Sebagai Calon PRU14 - Soon Koh

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    Menanggap diri mereka sebagai parti mesra Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Bersatu (UPP) amat berharap kerja keras membuahkan hasil dan calon diketengahkan parti tersebut diangkat sebagai wakil BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

    Memetik laporan Dayak Daily, Presidennya, Dato Sri Wong Soon Koh berkata, parti tersebut sudah bekerja keras berkhidmat kepada rakyat, adalah diharapkan ada wakil UPP dipilih sebagai calon sebagai tanda penghargaan.

    "Jangan kita berbalah mengenai calon atau siapa yang boleh menang. Kita bekerja keras berkhidmat kepada rakyat, kita berharap cadangan calon yang dikemukakan mendapat pengiktirafan kepimpinan BN sebagai boleh menang," katanya.

    Sebelum ini menurutnya, beliau ada bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

    "Keputusan sekarang terletak kepada Ketua Menteri dan Perdana Menteri," ujarnya.-Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 'Angkat' Wakil UPP Sebagai Calon PRU14 - Soon Koh "