• Angka Kematian Akibat Pengambilan Metanol Meningkat

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+



    QUITO - ECUADOR. Angka kematian di Ecuador akibat pengambilan metanol (alkohol industri) telah meningkat kepada 15 orang manakala 21 lagi diletakkan di bawah pemerhatian, kata Kementerian Kesihatan Awam negara itu pada Isnin.

    Sembilan kematian pertama berlaku pada Khamis lepas di Quito, apabila pihak berkuasa kesihatan menerima amaran tentang insiden yang disyaki sebagai keracunan. Sejak itu, jumlah tersebut terus meningkat.

    Polis telah menjalankan serbuan dan operasi bagi mengesan kedai menjual alkohol tanpa lesen, yang membawa kepada lima penangkapan setakat ini, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri.

    Pada Jumaat, Peguam Negara telah mendakwa dua individu yang membekalkan metanol terbabit dengan pertuduhan homisid dan mencemarkan bahan untuk kegunaan manusia.

    Polis telah merampas lebih 4,000 liter alkohol haram dalam 937 serbuan ke atas kedai dan perniagaan, dengan 19 daripadanya telah diarah tutup manakala 123 lagi didakwa kerana memiliki alkohol yang tidak sah di premis terbabit.

    Pada Isnin, Kementerian Kesihatan mengulangi gesaan agar orang ramai berhenti membeli dan meminum alkohol yang tidak diketahui sumbernya.

    Pada 2011, sekurang-kurangnya 50 orang maut manakala lebih 200 lagi dimasukkan ke hospital selepas meminum metanol.- Bernama-NNN-Xinhua

    Subjects:

  • No Comment to " Angka Kematian Akibat Pengambilan Metanol Meningkat "