• Angin Kencang Dijangka Sehingga Khamis Ini

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR: Angin kencang timur laut dengan kelajuan 50-60 kilometer sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka membadai kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Khamis ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

    Turut dijangka angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) di kawasan perairan Samui, Tioman, Bunguran, Reef South dan Labuan sehingga Khamis ini .

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

    Sementara itu, ribut petir di perairan Selat Melaka, Tioman, Reef North, Layang-Layang dan Labuan dijangka berterusan sehingga pagi ini.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

    Untuk perairan Malaysia, angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 40-50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dijangka berlaku di kawasan perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat) dan Labuan sehingga Khamis ini.

    Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.

    Ribut petir di perairan Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan) dan Labuan dijangka berterusan sehingga pagi ini.

    Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang sehingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

    - Antarapos

    Subjects:

  • No Comment to " Angin Kencang Dijangka Sehingga Khamis Ini "