• Anggota tentera digesa sentiasa aktif, stamina tinggi

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    MELAKA: Pegawai dan anggota tentera digesa supaya aktif dan berdisiplin dalam aktiviti sukan serta latihan senjata api bagi memastikan peningkatan tahap mental dan fizikal sepanjang perkhidmatan.

    Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim, berkata ini kerana terdapat segelintir pasukan yang menampilkan tahap stamina yang rendah menerusi Ujian Kemahiran Menembak Tentera Darat 2017 (UKMTD 2017).

    Beliau berkata, selama tempoh tiga tahun berturut-turut ujian itu diadakan mendapati, kemenangan lebih memihak kepada dua pasukan iaitu 10 Briged PARA dan Grup Gerak Khas Komando (GGK), berbanding pasukan lain yang menyerlahkan kekurangan tahap stamina mental dan fizikal.

    "Tiada apa yang membezakan antara dua pasukan ini, malah mereka turut menjalani latihan yang sama dalam penggunaan senjata api, peluru dan tempoh latihan.

    "Jika tidak mempunyai tahap mental dan fizikal yang tinggi ia akan memberi kesan ke atas prestasi ujian dan kemahiran yang dijalani berikutan tahap konsentrasi yang kurang terhadap sasaran," katanya.

    Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis penutup UKMTD 2017 di Kem Terendak, di sini, hari ini.

    Pada pertandingan yang bermula Sabtu lalu itu, Koperal Muhammad Firdaus Zulkifly dari 10 Briged PARA menerima Anugerah The King's Man Tacthlon, manakala Jaguh UKMTD pula menjadi milik Lans Koperal Muhammad Amirrul Amri Mohd Suhaimi dari 10 Briged PARA.

    Yang turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin dan Panglima Divisyen Ketiga Infantri, Mejar Jeneral Datuk Hasagaya Abdullah.-BHonline

    Subjects:

  • No Comment to " Anggota tentera digesa sentiasa aktif, stamina tinggi "