• Anggota Daesh Dakwa Filipina Markas Melahirkan Anggota Pengganas

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    MANILA: Seorang warga Filipina yang disyaki terlibat dalam rancangan menyerang New York memberitahu, negara ini merupakan `markas untuk melahirkan anggota pengganas’.

    Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) memaklumkan, tertuduh, Russel Salic, 37 dan dua lagi lelaki didakwa terlibat dalam rancangan untuk melancarkan serangan atas nama kumpulan pengganas Daesh semasa bulan Ramadan tahun lalu.

    Tertuduh yang didakwa memindahkan wang kepada beberapa suspek lain bagi melancarkan serangan itu juga memberitahu, dia boleh melakukan perkara itu tanpa disedari oleh kerajaan Filipina.

    Kenyataan tertuduh itu dikesan melalui mesej yang dihantar kepada anggota lain yang terlibat dalam rancangan tersebut dan menyifatkan undang-undang keganasan di negara ini `tidak kuat’ seperti di Australia dan United Kingdom (UK).

    - Agensi

    Subjects:

  • No Comment to " Anggota Daesh Dakwa Filipina Markas Melahirkan Anggota Pengganas "