• Anak Perantau Harus Kembali Beri Sumbangan Kepada Kampung Halaman

    Published: Monday, 2 October 2017
    A- A+
    MATU : Persatuan Anak Sekaan Belelang (PLAS) menyeru agar anak Matu yang merantau dan berjaya di tempat lain kembali menyumbang kepada kampung halaman masing-masing.

    Pengerusi PLAS Ir Tarini Abin, memberitahu anak perantau tersebut harus menyumbang dalam pelbagai aspek agar ia memberi manfaat kepada kampung halaman.

    "Sumbangan tersebut bukan sahaja sekadar wang ringgit semata-mata tetapi pengalaman yang ada mesti dikongsi kepada penduduk kampung.

    "Dengan demikian ia akan menjadi aspirasi golongan muda untuk memajukan kampung halaman," katanya kepada sarawakiana

    Kata Tarini, Jika diamalkan berterusan, anak perantau akan memiliki jiwa yang sentiasa ingin berbakti kepada kampung halaman dan sering mengingati tempat asal.

    Pada masa sama, Tarini turut menyampaikan sumbangan seperti kanopi, alat siaraya, kerusi dan meja kepada jawatankuasa Masjid di Matu.

    "Peralatan tersebut adalah untuk pelbagai kegunaan termasuk pengurusan jenazah.

    Saya turut menyeru agar seluruh jawatankuasa masjid di Matu agar lebih aktif membawa golongan muda untuk mengimarah masjid ataupun surau," ujarnya.

    Beliau menambah, jawatankuasa tersebut perlu lebih kreatif mengadakan aktiviti yang mampu menarik minat anak muda mendekati masjid dan terus menganggap masjid sebagai pusat ilmu. – Sarawakiana
  • No Comment to " Anak Perantau Harus Kembali Beri Sumbangan Kepada Kampung Halaman "