• Anak Muda Agen Masyarakat Benteras Masalah Gejala Sosial

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    MATU: Anak muda hari ini harus berani menongkah arus dalam menempuhi kehidupan yang mencabar pada era kini.

    Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, anak muda mesti cemerlang dalam akedemik dan sahsiah diri.

    "Justeru anak muda harus keluar dari kepompong kebiasaan dan perlu terbang keluar melihat dunia.

    "Namun anak muda harus berwaspada terhadap gejala yang menjadi pemusnah kehidupan serta masa depan," katanya pada Program Bersama Anak Muda Matu.

    Menurut Juanda, gejala sosial seperti pil khayal, seks bebas dan minuman keras antara masalah yang anak muda harus berganding bahu menangani gejala tersebut agar tidak menular dalam masyarakat hari ini.

    "Anak muda merupakan agen khas kepada masyarakat sebagai pemusnah racun yang merosak masyarakat selama ini," ujarnya

    Juanda berkongsi nasihat bersama anak muda Matu dalam program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Matu bertempat di Medan Selera Matu, semalam. - Sarawakiana
  • No Comment to " Anak Muda Agen Masyarakat Benteras Masalah Gejala Sosial "