• Anak Kelahiran Bako Berpotensi Jadi Calon BN Di Parlimen Santubong

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    Spekulasi mengenai calon berpotensi mewakili Barisan Nasional (BN) di Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) terus rancak diperkatakan.

    Beberapa nama mula meniti dibibir penduduk di kawasan Parlimen Santubong termasuk individu yang berpengalaman dalam politik, pemimpin belia dan tidak kurang ahli perniagaan.

    Terbaru nama Iskandar Sharkawi yang dilahirkan di Kampung Bako mula menjadi bualan hangat pemimpin peringkat akar umbi di kawasan terbabit.

    Iskandar merupakan seorang jurutera dan kini turut memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera (PBB) Cawangan Satok selain Kanselor di Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).

    Selain itu, beliau turut menjadi Ahli Majlis Tertinggi Pergerakan Pemuda PBB.

    Mempunyai pendidikan tinggi, Iskandar disifatkan sebagai seorang yang mudah bergaul dengan masyarakat.

    Sebelum ini, beberapa individu turut dikaitkan sebagai calon berpotensi mewakili BN di Parlimen Santubong.

    Nama penyandang, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkhidmat sejak 1990 turut termasuk dalam senarai.

    Individu lain yang turut hangat diperkatakan merangkumi Setiausaha Politik Menteri Pusat, bekas pegawai kanan bank yang kini merupakan Timbalan Ketua Cawangan Parti dan calon muda berusia 40 tahun.

    Kawasan Parlimen Santubong merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Pantai Damai, Demak Laut dan Tanjong Datu.-Sarawakiana


















    Subjects:

  • No Comment to " Anak Kelahiran Bako Berpotensi Jadi Calon BN Di Parlimen Santubong "