• Anak Ahli Perniagaan Ditemui Mati Tertembak

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+


    SHAH ALAM - Seorang anak ahli perniagaan meninggal dunia selepas tertembak diri sendiri dengan senapang patah milik bapanya di kediaman mereka di Seksyen 9, dekat sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, kejadian berlaku sekitar jam 5.31 petang ketika mangsa berada di rumah berkenaan bersama nenek dan pembantu rumah.

    "Kedua-duanya terkejut selepas terdengar tembakan dari bilik utama.

    "Sebaik pintu dibuka, mereka mendapati mangsa dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah, senapang patah turut berada bersebelahan dengannya," katanya.

    Menurutnya, mangsa yang berusia 26 tahun dan tidak bekerja itu meninggal dunia di tempat kejadian.

    "Menurut keluarga, mangsa mengalami kemurungan sejak beberapa bulan yang lalu.

    "Senjata api yang digunakan juga adalah milik ahli perniagaan itu dan mempunyai lesen," katanya.

    Katanya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).- Sinar Online

    Subjects:

  • No Comment to " Anak Ahli Perniagaan Ditemui Mati Tertembak "