• Amuk, Lelaki Cemburu Guna Kapak Ugut Potong Kepala Sepupu

    Published: Tuesday, 17 October 2017
    A- A+


    Seorang lelaki bersenjatakan kapak mengamuk di rumah sepupunya yang bakal berkahwin.

    Suspek ke rumah sepupunya di Taman Jujur, Sikamat dan menendang perut mangsa hingga jatuh jam 1 pagi kelmarin sebelum dileraikan saudara mereka, lapor Harian Metro.

    Penganggur itu kembali ke rumah sama sejam kemudian dan mengarahkan mangsa, 31 dan teman lelakinya, 37, keluar dari premis tersebut.

    “Lelaki itu yang masih memegang senjata sama menghamburkan kata-kata kesat dan mengugut mahu memotong kepala sepupunya.

    “Suspek menjadi tidak keruan apabila memecahkan cermin tingkap di rumah wanita berkenaan,” kata sumber.

    Serpihan kaca terkena anak perempuan mangsa sebelum polis dihubungi lalu menahan suspek.

    Suspek dikatakan cemburu kerana cintanya ditolak atas alasan tidak bekerja, sering bergaduh dan kerap mabuk.

    Timbalan ketua polis daerah Seremban Supt Sulizmie Affendy Sulaiman berkata suspek disiasat mengikut Seksyen 506 dan 427 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah dan khianat. - MalayMail

    Subjects:

  • No Comment to " Amuk, Lelaki Cemburu Guna Kapak Ugut Potong Kepala Sepupu "