• Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Sabtu ini

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    KUALA LUMPUR - Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori kedua dijangka berlaku di kawasan perairan Sulu sehingga Sabtu, 21 Oktober.

    Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 50-60 km sejam ini boleh menyebabkan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dan berbahaya kepada bot kecil.

    Sementara itu, amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama juga dijangka berlaku di perairan Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Sabtu, 21 Oktober.

    Keadaan angin kencang Barat Daya dengan kelajuan 40-50 km sejam dan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter dijangka berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

    Keadaan itu berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - Bernama


    Subjects:

  • No Comment to " Amaran angin kencang dan laut bergelora sehingga Sabtu ini "