• Akhirnya Ditangkap Selepas Lolos 2 Hari

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    SEGAMAT: Selepas dua hari meloloskan diri dari lokap Balai Polis Segamat, seorang lelaki yang ditahan berkaitan kes dadah, Azrulnizam Arif, 39, berjaya ditahan semula, kelmarin di FELDA Bukit Jalor, Ayer Kuning Selatan, Tampin, Negeri Sembilan.

    Ketua Polis Daerah Segamat Superintenden Raub Selamat berkata, suspek diberkas jam 2 petang oleh anggota Balai Polis Air Kuning selepas mendapat maklumat awam.

    Menurutnya, suspek dikatakan sedang berehat dan bergelut dengan polis sebelum berjaya ditahan semula tanpa membabitkan sebarang kecederaan kepada kedua-dua pihak.

    “Suspek juga sudah menggunting rambutnya bagi mengaburi pihak berkuasa selepas menjadi buruan sebaik meloloskan diri dari lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kira-kira jam 9.30 pagi, 12 Oktober lalu.

    “Kami masih menyiasat bagaimana lelaki itu boleh berada di lokasi yang jaraknya sejauh 56 kilometer dari lokasi dia melarikan diri,” katanya ketika ditemui, semalam.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " Akhirnya Ditangkap Selepas Lolos 2 Hari "