• Aidel Anggap Bajet Alternatif Pakatan Harapan Lagu & Cerita Lama

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+

    Bajet Alternatif Pakatan Harapan (PH) yang berhasrat memansuhkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan memberi tumpuan khas kepada pembangunan Sabah dan Sarawak disifatkan sebagai 'lagu lama dan cerita lama'.

    Memetik laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Aidel Lariwoo berkata, pemansuhan GST dilihat tidak masuk akal.

    "Jika lebih 160 negara di dunia melaksanakan GST, tidak salah untuk kita laksanakan. Kebanyakan negara mengenakan kadar cukai GST lebih tinggi daripada kita," katanya.

    Menurutnya, kutipan GST akan memastikan perolehan kerajaan stabil dan seimbang.

    "Bagaimanapun, pengurusan kewangan berhemah adalah jika kerajaan mahu melihat ekonomi kukuh dicatat," ujarnya.

    Aidel bersetuju jika duti kenderaan dikurangkan bagi mengurangkan harga kenderaan di negara ini.-Sarawakiana





    Subjects:

  • No Comment to " Aidel Anggap Bajet Alternatif Pakatan Harapan Lagu & Cerita Lama "