• Ahli SABERKAS Perlu Sokong Hasrat Jadikan Sarawak Negeri Digital

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Ahli Pertubuhan Belia Kebangsaan Sarawak (SABERKAS) perlu menyahut seruan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam merealisasikan hasrat menuju negeri digital.

    Menurut Timbalan Presidennya Datuk Roland Sagah Wee Inn, pelbagai polisi baharu diperkenalkan sejak Abang Johari memegang tampuk kepimpinan negeri.

    Memetik laporan Utusan Borneo, apa yang penting katanya, SABERKAS juga harus menyahut seruan itu dalam bersama-sama merealisasikan dasar baharu kerajaan.

    “Kita harus sahut seruan Presiden (Abang Johari) untuk jadikan Sarawak sebagai negeri digital.

    “Dengan polisi baharu Ketua Menteri, kita percaya ia bukan sahaja dapat memajukan negeri tetapi rakyat khususnya golongan belia,” katanya.

    Jelasnya lagi, dasar ekonomi digital meliputi semua sektor termasuk perindustrian, komersil dan pertanian.

    “Ia merupakan langkah Sarawak menuju ke arah era digital,” ujarnya.

    Beliau berharap pelaksanaan polisi baharu kerajaan dapat dijadikan sebagai cabaran kepada golongan belia masa kini.

    “Saya yakin SABERKAS mampu melakukan yang terbaik dalam bersama-sama membantu merealisasikan hasrat dan dasar kerajaan,” katanya. – Sarawakiana

  • No Comment to " Ahli SABERKAS Perlu Sokong Hasrat Jadikan Sarawak Negeri Digital "