• Ahli SABATI Perlu Kekal Cergas Untuk Hadapi Kejohanan Di Melaka

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Perlawanan persahabatan diantara Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-ieteri (SABATI) dan Badan Amal Kebajikan Angkatan Tentera (BAKAT) yang diadakan pada hari ini adalah persediaan ahli SABATI untuk kekal cergas dan sedia bagi menghadapi kejohanan yang akan berlangsung di Melaka pada 21 November ini.

    Pengerusi SABATI Datin Patinggi Dato Hajjah Juma’ani Tun Tuanku Bujang berkata ia merupakan perlawanan persahabatan kedua yang telah diadakan pada tahun ini.

    Menurutnya, Kejohanan Sukan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) Se-Malaysia akan diadakan pada 21 hingga 26 November ini di Melaka.

    Jelas beliau, SABATI akan menyertai dua acara dalam kejohanan tersebut iaitu bowling dan badminton.

    “Ahli SABATI perlu membuat latihan bagi memastikan setiap pemain ‘fit’ dan bersedia dalam kejohanan itu nanti.

    “Seramai 52 ahli akan menyertai rombongan ke kejohanan tersebut,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan perlawan persahabatan SABATI/BAKAT di Badminton Court Stampark disini hari ini.

    Juma’aini juga berharap agar rombongan SABATI akan membawa keputusan yang lebih baik pada kejohanan kali ini.

    Turut hadir Pengerusi BAKAT 1 Divisyen Datin Jacqueline Perris, ahli-ahli SABATI dan ahli-ahli BAKAT.- Sarawakiana
  • No Comment to " Ahli SABATI Perlu Kekal Cergas Untuk Hadapi Kejohanan Di Melaka "