• Ahli perniagaan bergelar datuk dipanggil bantu siasatan

    Published: Sunday, 15 October 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini memanggil seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

    Menurut sumber, ahli peniagaan berkenaan dikatakan mempunyai sekurangnya-kurangnya tujuh syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri, yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

    Selain tujuh syarikat berkenaan, ahli perniagaan itu juga ada meminjam lesen daripada rakan-rakannya dengan membayar ‘involvement fee’ sebanyak RM30,000 bagi setiap lesen.

    "Tujuan peminjaman lesen adalah memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon," menurut sumber berkenaan.

    Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut telah dipanggil untuk diambil keterangan tetapi enggan mengulas lanjut. – Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " Ahli perniagaan bergelar datuk dipanggil bantu siasatan "