• Ahli Parlimen Ukraine cedera serangan di Kiev

    Published: Thursday, 26 October 2017
    A- A+


    KIEV: Seorang Ahli Parlimen Ukraine cedera manakala pengawalnya terbunuh dalam kejadian serangan pengeboman yang disifatkan partinya sebagai cubaan membunuh.

    Stesen televisyen Espresso Kiev melaporkan, anggota Parti Radikal, Igor Mosiychuk sedang berjalan keluar dari studionya selepas mengadakan wawancara apabila letupan berlaku berhampiran skuter yang diletakkan di tepi jalan.

    Kementerian Dalam Negeri Ukraine berkata, pengawal Mosiychuk meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital manakala tiga lagi turut cedera.

    “Percubaan pembunuhan terhadap Mosiychuk dikaitkan dengan kegiatan profesionalnya dan pandangan politik. Jelas, ini adalah kerja perkhidmatan rahsia musuh kita ,” kata pemimpin Parti Radikal, Oleg Lyashko di laman Facebook merujuk kepada Rusia.

    Kementerian Dalam Negeri Ukraine bagaimanapun tidak menjelaskan punca letupan itu mahupun menganggap kes tersebut sebagai cubaan membunuh.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Ahli Parlimen Ukraine cedera serangan di Kiev "