• Adik Shafie Apdal Ditahan SPRM

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

    Yusof juga adalah adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Shafie Apdal.

    Menurut sumber, Yusof, 57, ditahan di Pejabat SPRM Sabah kira-kira jam 8 malam Selasa ketika beliau datang ke pejabat agensi itu untuk memberi keterangan.

    Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan individu berkenaan namun enggan mengulas lanjut.

    Dengan penahanan berkenaan, kini dua adik bekas menteri persekutuan itu berada dalam tahanan SPRM.

    Pada 10 Oktober lalu, seorang adik Shafie, Hamid, ditahan SPRM bagi membantu siasatan berhubung isu sama dan kini sedang ditahan reman selama 10 hari.-mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Adik Shafie Apdal Ditahan SPRM "