• Adik Shafie Apdal Direman

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+


    KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Lahad Datu Datuk Yusof Apdal direman selama empat hari mulai Rabu bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana RM180 juta berkaitan projek luar bandar di negeri ini.

    Majistret Stephanie Sherron Abbie mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan Yusof sehingga 21 Oktober ini bagi membantu sisatan di bawah Seksyen 17A Akta SPRM 2009.

    Yusof, 57, yang juga adik kepada Datuk Seri Shafie Apdal ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Sabah malam Selasa.

    Beliau adalah sembilan individu yang ditahan setakat ini bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana projek luar bandar sejumlah RM180 juta iaitu sebahagian daripada RM1.5 bilion dana yang dianggarkan diselewengkan dalam sebuah kementerian.

    Dana RM1.5 bilion itu adalah sebahagian peruntukan kerajaan pusat melalui sebuah kementerian berjumlah RM7.5 bilion untuk melaksanakan projek luar bandar di Sabah sepanjang 2009 hingga 2015. - mStar

    Subjects:

  • No Comment to " Adik Shafie Apdal Direman "