• Adakah Sarawak dan Sabah Akan Jadi Korban Bajet PH?

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+
    Bajet Alternatif 2018 Pakatan Harapan dibaca Wan Azizah dengan begitu lantang kedengaran ayat-ayat yang disusun atur dan sedap telinga mendengar tetapi isinya entah apa-apa.

    PH akan memansuhkan GST dan persoalannya bagaimana PH mendapat dana kewangan untuk membangunkan negara? Apa pula pulangan pembangunan rakyat terutama rakyat luar bandar.

    Yang peliknya pada mukasurat 36 menyatakan PH melaksanakan GST pada kadar 0 peratus dan bukan dengan kadar tiada. Apakah nilai sebenar GST versi PH dan mungkinkah ia boleh dinaik kadar dan dimana kebenaran erti pemansuhan sebenar?

    Yang peliknya lagi bagaimana PH menggalakkan rakyat untuk membeli barangan import bagi meningkatkan duti eksais untuk menampung pemansuhan cukai GST. Sudah pasti rakyat yang berpendapatan rendah akan terbeban kerana barang import memang diketahui mahal.

    Kalau diamati ternyata bajet PH hendak melakukan pembangunan yang baik untuk negara tetapi tidak menyebut bagaimana ia dilaksanakan dan dari mana sumber kewangan untuk melakukan pembangunan tersebut.

    Adakah PH akan mengorbankan Sarawak dan Sabah untuk membangunkan negara kerana berkemungkinan sumber minyak dan gas akan dijadikan penyumbang dana untuk membangunkan negara.

    Subjects:

  • 1 comment to ''Adakah Sarawak dan Sabah Akan Jadi Korban Bajet PH?"

    ADD COMMENT
    1. Kalau tak diperah inti kelapa, mana didapat santan nya?
      Kalau tak pernah mencuba, mana didapat hasil nya?

      Belum cuba sudah berasa sangsi dalam naluri untuk menjayakan diri.
      Tanya kepada diri sendiri, selama berpuluh-puluh tahun terluput.
      Bagaimana agaknya hidup kamu dengan rakan sejagat yang melalui kehidupan tanpa arah dengan parti yang kamu pegang sekian lama?

      ReplyDelete