• Adakah PBDSB Mempunyai Penyelesaian Isu NCR?

    Published: Wednesday, 25 October 2017
    A- A+
    PBDSB menggesa Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg agar menyelesaikan isu Hak Tanah Adat (NCR) dengan segera. Malah Presiden PBDSB Cobbold John mendakwa Abg Jo dan kabinet Kerajaan Sarawak paranoid dalam menangani isu NCR.

    Melalui komen netizen di laman sosial facebook Cobbold, ramai yang menganggap status tersebut sebagai melampau. Ada yang menyatakan Cobbold tidak sesuai untuk memimpin parti berteraskan Dayak kerana sering membuat kenyataan yang lari dari sikap Dayak sebenar kerana Dayak kaya dengan adab dan adat yang begitu baik sekali.

    Menurut netizen, apa yang sepatutnya PBDSB lakukan adalah mencari solusi terbaik untuk menyelesaikan isu berkaitan NCR dengan berhemah demi kepentingan Dayak.

    Netizen turut mempersoal adakah PBDSB terutama Cobbold memiliki cara menyelesai NCR dengan baik ?

    Memang benar kata netizen, PBDSB hanya tahu bercakap tetapi tidak pernah menyatakan bagaimana cara menangani. Bak kata Abang Jo, memberi tekanan adalah begitu mudah tetapi menggalas amanah dan tanggungjawab bukan mudah.

    Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Ugah bersama pemimpin Dayak lain telah dilantik dalam satu jawatankuasa bagi membincangkan isu NCR dan mencari jalan penyelesaian. PBDSB boleh terlibat dalam perbincangan tersebut tetapi lebih memilih untuk memberi tekanan melalui media.

    Menurut Abang Jo isu NCR hatus dibincang secara berhati-hati kerana hak NCR bukan hanya untuk kaum Dayak sahaja tetapi kaum lain turut berhak. Sebagai contoh, kerana kawasan pesisir telah didiami kaum Melayu atau Melanau sejak dahulu lagi.

    Faktanya Melayu dan Melanau menguasai penempatan pesisir dan jika Melayu dan Melanau tidak bertoleransi dalam hal tersebut, ada kemungkinan kaum lain terpaksa meminta izin untuk menangkap ikan di sungai atau laut. Itu baru hal berkaitan ikan, bagaimana pula sumber minyak dan gas ?

    Dalam hal tersebut, PBDSB harus melihat implikasi mendatang, kerana jika hal NCR tidak ditangani dengan baik, sudah pasti hanya mencetus pertelagahan yang berterusan dan akan menjejas pembangunan negeri mahupun negara.

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah PBDSB Mempunyai Penyelesaian Isu NCR? "