• Adakah DAP Akan Beri Hak Samarata Kepada Rakyat Sarawak?

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+
    Kali ini penulis ingin menyentuh berkenaan hak samarata yang dijanjikan oleh DAP Sarawak apabila berjaya menubuh kerajaan nanti. Adakah ia satu realiti atau hanya fantasi yang sekadar bahan penyedap halwa telinga.

    Benarkah ia akan berlaku? Kita lihat kembali apa yang telah berlaku. Projek Impian Sarawak DAP membuat jalan di sebuah penempatan di Pakan.

    DAP hanya membina sebuah jalan bersimen yang hanya menghubung sebuah rumah ke jalan utama. Jalan tersebut dibina untuk kemudahan penyokong DAP sahaja dan tidak menyeluruh. Adakah itu boleh di katakan samarata?

    Itu baru perihal jalan, bagaimana pula yang lain ? Pada persidangan DUN, DAP membantah permohonan kerajaan negeri memohon tambahan peruntukkan daripada pusat sebanyak RM500 juta untuk pembangunan luar bandar. Kenapa perlu dibantah peruntukkan untuk luar bandar sedangkan penduduk luar bandar berhak mendapat pembangunan seperti penduduk di bandar.

    Kita tahu DAP dominan menguasai kawasan bandar yang telah lama maju tetapi membantah peruntukkan untuk luar bandar yang pada hakikatnya DAP tidak menyokong pelan pembangunan luar bandar oleh kerajaan. Seumpama DAP mahu melihat penduduk luar bandar sentiasa mundur dan tidak membangun.

    Adakah itu sebenarnya hak samarata yang menjadi pegangan DAP ? Waima apa sekalipun, berkuasa pun DAP ia tidak akan mampu memberi hak samarata seperti yang DAP gembar gemburkan. – A Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah DAP Akan Beri Hak Samarata Kepada Rakyat Sarawak? "