• Adakah Angin Pergolakkan Bertiup Kembali?

    Published: Monday, 23 October 2017
    A- A+
    Setelah terkuburnya parti berasaskan Dayak seperti SNAP dan PBDS, muncullah Parti Rakyat Sarawak (PRS) yang meneruskan wadah memperjuangkan politik Dayak di Sarawak. Tidak dinafikan PRS merupakan parti komponen Barisan Nasional (BN) yang memiliki kekuatan tersendiri sehingga mencipta kejayaan yang cemerlang setiap kali pilihanraya.

    Pada piliharaya umum yang lalu, PRS menang 6 kerusi dan ramai Ahli Parlimen di lantik menjadi Menteri penuh dan timbalan menteri di kerajaan Pusat. Ini membuktikan kerajaan pusat pimpinan Najib yakin dengan kepimpinan Dayak. Pada pilihanraya Negeri yang lepas, sekali lagi PRS berjaya menang kesemua kerusi yang diperuntuk kepada PRS.

    Ini menunjukkan PRS kian mendapat sokongan di kalangan kaum Dayak yang masih memerlukan pembelaan menerusi parti komponen yang berteraskan Dayak.

    Namun akhir-akhir ini angin pergolakan di kalangan peminpin Dayak dalam PRS seakan bertiup kembali. Ini kerana keputusan untuk tidak mencalonkan semula Ahli Parlimennya pada PRU14 nanti. Keputusan tersebut tidak dipersetujui sesetengah akar umbi yang mahu Ahli Parlimen tersebut dicalon semula pada PRU nanti.

    Pada masa sama Ahli Parlimen berkenaan mempertahankan kedudukan mereka kerana naik turunnya wakil rakyat adalah atas kapisiti suara akar umbi atau rakyat kawasan. Hal sedemikian menyaksikan PRS mula tidak sepakat dalam isu pencalonan calon PRU14.

    Ada yang menyuarakan pandangan supaya keputusan tersebut perlu dibincangkan mengikut suara akar umbi dan tidak didominasi oleh Presiden parti.

    Bibit-bibit percanggahan pendapat seakan menular kembali tatkala Dayak masih memerlukan sesuatu yang berkepentingan untuk kaum Dayak dari parti politik Dayak sendiri.

    Jika hal sedemikian tidak ditangani dengan baik, ada kemungkinan angin pergolakkan akan bertiup kembali dan akan menjejas kedudukan politik Dayak dan sekaligus reputasi BN negeri.

    Namun seperti kebiasaannya dan untuk kesekian kalinya, siapakah pemimpin Melayu/Melanau yang bakal jadi kambing hitam untuk dipersalahkan sebagai punca perpecahan Dayak? - Abdul Halim Jantan

    Subjects:

  • No Comment to " Adakah Angin Pergolakkan Bertiup Kembali? "