• Abe Dijangka Menang Besar Pilihan Raya Jepun

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    TOKYO: Perdana Menteri Shinzo Abe dijangka meraih kemenangan besar dalam pilihan raya Jepun tidak lama lagi, ketika parti baharu yang ditubuhkan gabenor popular Tokyo hilang sokongan.

    Menurut tinjauan akhbar Mainichi Shimbun, parti konservatif Liberal Demokratik (LDP) pimpinan Abe dijangka menang sehingga 303 kerusi daripada 465 kerusi yang dipertandingkan pada pilihan raya 22 Oktober ini.

    "Rakan gabungan baharunya, Komeito dijangka meraih tambahan 30 kerusi, sekali gus membolehkan pakatan pemerintah Abe mempunyai majoriti dua pertiga yang selesa di Parlimen," kata tinjauan itu.

    Majoriti dua pertiga Parlimen akan membolehkan Abe, 63, melaksanakan pindaan Perlembagaan Jepun yang melarang negara itu berperang.

    Beliau sebelum ini cuba melaksanakan perubahan Perlembagaan yang diperkenalkan Amerika Syarikat itu bagi membolehkan Jepun mengubah peranan tenteranya daripada pasukan pertahanan kepada tentera penuh. - AFP

    Subjects:

  • No Comment to " Abe Dijangka Menang Besar Pilihan Raya Jepun "