• Abang Jo Jumpa Najib, Cari Jalan Selesaikan Isu Sekolah Daif

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    Mencari penyelesaian segera isu sekolah daif di Sarawak antara topik perbincangan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

    Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, butiran lanjut mengenai perkara tersebut akan diumumkan sendiri Ketua Menteri.

    "Paling penting adalah untuk memastikan sekolah daif dibina semula atau dibaik pulih.

    "Kerajaan negeri memandang serius perkara ini," katanya.

    Satu mesyuarat antara Abang Johari dan Najib di Kuala Lumpur bagi membincangkan mengenai pendekatan yang perlu diambil bagi menyelesaikan masalah tersebut.

    Bagi Menteri Kewangan Kedua, Dato Sri Wong Soon Koh, Ketua Menteri mencadangkan untuk membina semula beberapa sekolah daif terlebih dahulu.

    "Saya percaya kerajaan persekutuan akan mengeluarkan dana bagi menampung kos membina semula yang dikeluarkan kerajaan negeri," ujarnya.-Sarawakiana



  • No Comment to " Abang Jo Jumpa Najib, Cari Jalan Selesaikan Isu Sekolah Daif "