• 93 PATI ditahan

    Published: Monday, 9 October 2017
    A- A+

    SERAMAI 93 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi bersepadu di sekitar Kota Tinggi mulai semalam hingga hari ini.

    Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Ahsmon Bajah berkata, operasi menerusi Inisiatif Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) membabitkan 59 anggota termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) memeriksa seramai 753 warga asing.

    Beliau berkata, operasi membabitkan pemeriksaan di beberapa kawasan termasuk Desaru, Bandar Penawar, Rengit dan Pengerang.

    "Kita menjalankan operasi berikutan peningkatan kes jenayah, kekerasan dan masalah sosial di kawasan Bandar Penawar di Kota Tinggi.

    "Mengikut statistik, kes jenayah selain masalah sosial meningkat sebanyak 60.8 peratus mulai awal tahun ini hingga September lalu berbanding tempoh sama pada 2016," katanya.

    Ahsmon berkata, PATI yang ditahan menerusi operasi berkenaan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63.

    “Dalam pemeriksaan sama sebanyak 150 kotak rokok seludup pelbagai jenama turut dirampas," katanya.-mymetro

    Subjects:

  • No Comment to " 93 PATI ditahan "