• 7 Ditahan Buat Kecoh

    Published: Monday, 16 October 2017
    A- A+

    Tujuh lelaki ditahan selepas didakwa menimbulkan kekecohan di tempat awam selepas perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia 2017 antara Perak dan Johor Darul Taâzim (JDT) di Stadium Perak, Ipoh, malam tadi.

    Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, mereka yang berusia 18 hingga 29 tahun ditahan ketika bergaduh di kawasan pintu F stadium berkenaan, pada jam 10.50 malam.

    Beliau berkata, hasil siasatan awal mendapati semua suspek berasal dari Manong, Kamunting dan Ipoh.

    “Siasatan lanjut mendapati semua suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan” katanya.

    Menurutnya, dalam kejadian itu, dua lelaki termasuk seorang anggota polis cedera.

    “Anggota polis berpangkat lans koperal yang bertugas Balai Polis Bukit Merah cedera di muka akibat terkena balingan batu dan menerima rawatan pesakit luar manakala lelaki berusia 31 tahun yang juga penyokong JDT cedera di kepala dan perut terkena mercun yang meletup pada badannya,” katanya.

    Katanya, polis masih belum mengenal pasti individu yang terbabit dalam insiden membaling mercun dan batu itu.-myMetro

    Subjects:

  • No Comment to " 7 Ditahan Buat Kecoh "