• 60 Pakar Perubatan Sedia Berkhidmat Di Bangladesh

    Published: Wednesday, 18 October 2017
    A- A+

    KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan akan menugaskan 60 pegawai dan pakar perubatan di hospital medan yang akan dibina di kem pelarian etnik Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh.

    Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata, kumpulan pertama tersebut yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai bidang akan ke kem pelarian itu sebaik mendapat kebenaran pihak berkuasa Bangladesh.

    “Ini adalah satu keputusan jemaah menteri bahawa kita menyediakan hospital medan di Bangladesh untuk membantu pelarian dari sudut kesihatan.

    “Kita telah buat segala persiapan untuk pergi ke situ dengan kerjasama beberapa pihak lain termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara,” kata Dr Subramaniam yang juga Presiden MIC kepada pemberita di Rumah Terbuka Deepavali, di sini hari ini.

    Beliau berkata, bagaimanapun perincian penugasan termasuk tempoh perkhidmatan mereka di hospital itu belum diputuskan.

    Dalam lawatannya ke kem pelarian Rohingya di Kutupalong, Bangladesh baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Malaysia akan membina sebuah hospital medan bernilai RM3.5 juta di kem pelarian yang menempatkan etnik minoriti Islam Myanmar itu.- Bernama

    Subjects:

  • No Comment to " 60 Pakar Perubatan Sedia Berkhidmat Di Bangladesh "