• 6 Maut Akibat Ribut Di Eropah

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+


    BERLIN/PRAGUE – Sekurang-kurangnya enam orang terbunuh di Jerman, Poland dan Republik Czech akibat tiupan angin kencang yang melanda utara dan tengah Eropah, semalam.

    Empat daripada mangsa terbabit dilaporkan maut di Poland dan Republik Czech akibat ditimpa pokok yang tumbang.

    Ribut yang melanda turut menjejaskan bekalan elektrik hingga menjejaskan penduduk di negara berkenaan, selain menjejaskan perkhidmatan kereta api di utara Jerman.

    “Tiupan angin dengan kelajuan lebih 100 kilometer setiap jam dilaporkan beberapa bahagian di Republik Czech dan meningkat kepada 180 kilometer setiap jam di Snezka, iaitu puncak tertinggi di negara itu,” lapor stesen televisyen Republik Czech.

    Sementara itu, media Jerman melaporkan, dua mangsa yang maut di negara itu membabitkan seorang mangsa lelaki berusia 63 tahun yang dipercayai lemas ketika berkhemah di Lower Saxony ketika ribut melanda.

    Seorang lagi mangsa membabitkan seorang wanita yang menaiki sebuah bot, sebelum ia terbalik di Mecklenburg-Vorpommern. – Reuters/BH ONLINE

    Subjects:

  • No Comment to " 6 Maut Akibat Ribut Di Eropah "