• 50 Peratus Pengundi Di Tamin Mahu Penyandang Parlimen Selangau Ditukar - Christopher

    Published: Tuesday, 3 October 2017
    A- A+
    Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamin, Christopher Gira mendedahkan seramai 50 peratus pengundi di kawasan beliau lebih suka wajah baru untuk Parlimen Selangau sekaligus meminta penyandangnya Datuk Joseph Entulu Belaun digantikan dengan calon yang lebih muda.

    "Kebanyakkan pengundi muda lebih suka wajah baru yang berusia 45 tahun ke bawah manakala pengundi tua masih memilih Datuk Joseph Entulu untuk dicalonkan semula. Namun setakat ini, 50 peratus pengundi tidak bersetuju Entulu dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang,"

    Memetik laporan The Borneo Post, Christopher berkata beliau akan tetap menyokong Entulu sekiranya dicalonkan semula memandangkan Entulu merupakan timbalan presiden partinya iaitu Parti Rakyat Sarawak (PRS).

    "Oleh kerana kami berdua dari parti yang sama, kami akan bekerja secara profesional demi berkhidmat kepada penduduk,"

    "Walaubagaimanapun, saya percaya sesiapa sahaja yang dipilih Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Selangau, calon bekenaan pasti akan dapat menyerahkan kerusi tersebut kepada kepimpinan kerajaan BN," ujar Christopher

    Mengulas lanjut, Christopher berkata beliau turut maklum bahawa kepimpinan tertingggi PRS masih belum memutuskan calon untuk dua kerusi yang diperuntukkan kepada PRS iaitu parlimen Selangau dan Lubok Antu.

    Baru-baru ini, Presiden PRS Tan Sri Datuk Amar Dr James Jemut Masing mendedahkan parti itu akan mengekalkan empat penyandangnya dalam PRU14. Masing dipetik sebagai berkata bahawa parti itu telah menerima sokongan untuk penyandang di Sri Aman, Julau, Kanowit dan Hulu Rajang. - Sarawakiana

    Subjects:

  • No Comment to " 50 Peratus Pengundi Di Tamin Mahu Penyandang Parlimen Selangau Ditukar - Christopher "