• 4 tahun dipinggirkan DAP - Yee Chew

    Published: Tuesday, 31 October 2017
    A- A+

    GEORGETOWN: "Saya tidak pernah diberi ruang untuk bersuara dalam kerajaan negeri dan parti. Jadi saya harus undur diri," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu.

    Yee Cheu berkata, beliau mula dipinggirkan parti dan kerajaan negeri pada 2013 apabila membangkitkan isu pembangunan di lereng bukit, Pelan Struktur Pulau Pinang dan beberapa perkara lain.

    "Semua orang tahu saya tidak sebulu dengan kepemimpinan parti dan kerajaan negeri, ia bukan lagi rahsia.

    "Saya sudah lama mahu undur diri dan tragedi tanah runtuh adalah insiden paling memberi kesan terhadap diri saya," katanya pada sidang media di Pusat Khidmat Tanjung Bungah di sini, hari ini.

    Beliau merujuk tragedi runtuhan tanah yang mengorbankan 11 nyawa di Tanjung Bungah, 21 Oktober lalu.

    Ahad lalu, Yee Cheu mengesahkan akan keluar DAP sebaik Parlimen dibubarkan bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    Beliau antara ADUN DAP paling lantang menyuarakan isu membabitkan pembangunan di lereng bukit dan berkaitan alam sekitar.

    Yee Cheu juga bertanggungjawab mengusulkan supaya tempoh jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang dihadkan kepada dua penggal. - BHOnline

    Subjects:

  • No Comment to " 4 tahun dipinggirkan DAP - Yee Chew "