• 355 Balak Haram Dirampas Hasil Intipan

    Published: Tuesday, 24 October 2017
    A- A+

    LAWAS: Penguat kuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) merampas 355 kayu balak bernilai hampir jutaan ringgit dalam satu serbuan di Trusan dekat sini.

    Rampasan itu dilakukan hasil intipan SFC hasil maklumat orang awam.

    SFC dalam kenyataan hari ini berkata, kayu balak pelbagai saiz yang dirampas itu ditebang secara haram di kawasan hutan berdekatan.

    Serbuan dibuat selepas anggota penguat kuasa menerima aduan berkaitan aktiviti mencurigakan pembalak haram di kawasan itu termasuk di Long Sukang.

    "Hasil pengawasan tambahan dan intipan pasukan pegawai penguat kuasa SFC membongkar kegiatan haram berkenan dengan merampas kayu yang ditebang tanpa kebenaran," katanya.

    Laporan polis mengenai kes itu dilakukan di Balai Polis Lawas dan balak yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Sarawak untuk siasatan dan pelupusan. - BH
  • No Comment to " 355 Balak Haram Dirampas Hasil Intipan "