• 3 Rumah Musnah,Lapan Sekeluarga Terselamat Di Boyan

    Published: Thursday, 19 October 2017
    A- A+

    KUCHING: Tiga buah rumah musnah dalam satu kebakaran di Kampung Boyan, dekat sini, awal pagi tadi  yang hampir meragut nyawa lapan sekeluarga.

    Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi tadi sebuah rumah yang dihuni lapan sekeluarga terdiri daripada enam dewasa dan dua kanak-kanak musnah sama sekali sebelum merebak ke rumah sebelah yang tidak berpenghuni.

    Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima laporan dan sepasukan anggota telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

    “Sebaik tiba di lokasi, pihak kami mendapati ketiga-tiga rumah tersebut termasuk dua rumah yang tidak berpenghuni sudah terbakar.

    “Bagaimanapun atas tindakan pantas penghuni lapan sekeluarga terbabit dengan bantuan penduduk kampong berjaya menyelamatkan mereka.” ujarnya.

    Sehingga berita ini ditulis, punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.-Sarawakiana


  • No Comment to " 3 Rumah Musnah,Lapan Sekeluarga Terselamat Di Boyan "