• 23 Maut, Ribuan Rumah Jadi Abu

    Published: Friday, 13 October 2017
    A- A+

    Anggota bomba dan pihak berkuasa masih berusaha memadamkan kebakaran hutan yang sudah menyebabkan 23 terbunuh di California selain memusnahkan kawasan penempatan sehingga menjadi bagaikan padang jarak.

    Kebakaran itu sudah memusnahkan kawasan seluas 170,000 ekar di utara California yang turut menyebabkan hampir 300 orang masing hilang dengan puluhan ribu ketiadaan tempat tinggal, sama ada musnah terbakar atau diarah berpindah.

    Seramai 13 mangsa yang maut ialah di Daerah Sonoma, kawasan paling teruk terjejas, enam lagi maut di Mendocino, dua di Napa dan dua lagi di Yuba.

    Pandangan dari udara kawasan perumahan yang musnah di California. - Foto Agensi
    Gambar menunjukkan banyak kawasan penempatan musnah - membabitkan 3,500 rumah dan premis menjadi abu sejak kebakaran bermula empat hari lalu.

    Seluruh kawasan Santa Rosa, bandar utama daerah Sonoma berpenduduk 175,000 orang kini menjadi abu. Seramai 25,000 penduduk daerah itu diarah berpindah.

    Ketua Jabatan Bomba California, Ken Pimlott, berkata lebih 300 jentera bomba dikerah, termasuk dari Arizona, Nevada, Oregon dan Washington.

    Pihaknya menggunakan 73 helikopter, 30 pesawat tangki air dan hampir 8,000 anggota bomba terbabit dalam usaha memadam kebakaran.-AFP

    Subjects:

  • No Comment to " 23 Maut, Ribuan Rumah Jadi Abu "