• 205 murid di SK Ulu Merapok, Limbang terjejas banjir

    Published: Monday, 30 October 2017
    A- A+

    LIMBANG - Seramai 205 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Merapok di sini terjejas akibat banjir ekoran hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lalu.

    Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, air banjir mula memasuki kawasan sekolah kira-kira pukul 4 pagi tadi.

    Menurutnya, setakat pukul 8.30 pagi, sekolah tersebut telah dinaiki air sedalam kira-kira 1.06 meter.

    "Bagaimanapun, keadaan banjir di sekolah berkenaan masih terkawal dan belum ada arahan penutupan sekolah dikeluarkan setakat ini," kata JPBNS dalam satu kenyataan sebentar tadi. - K! ONLINE

  • No Comment to " 205 murid di SK Ulu Merapok, Limbang terjejas banjir "