• 200 Penumpang Dapat Galaxy Note 8 Percuma

    Published: Friday, 27 October 2017
    A- A+

    Selepas pelbagai kejadian Samsung Galaxy Note 7 meletup akibat daripada masalah bateri, pelbagai syarikat penerbangan termasuk Malaysia Airlines dan Air Asia melarang peranti itu dibawa masuk ke dalam penerbangan masing-masing.

    Kini, selepas pelancaran model terbarunya Note 8 mula memasuki pasaran, Samsung dengan kerjasama Ibreria Airlines dari Sepanyol bekerjasama sebagai langkah memulihkan imej syarikat pengeluar telefon pintar dari Korea Selatan itu.

    Seramai 200 penumpang pesawat berkenaan menjadi penumpang paling bertuah apabila dikejutkan dengan hadiah istimewa Samsung Galaxy Note 8.

    Bukan gimik. Samsung benar-benar memberi hadiah kepada mereka.

    Memetik laporan Phone Arena, 200 penumpang pesawat IB 0513 dari La Coruña ke Madrin Barajas mendapat telefon pintar berkenaan, hadiah daripada Samsung Sepanyol.

    Menerusi tweet Samsung Sepanyol, syarikat berkata:

    "Di Samsung, apabila kami jatuh, kamu bukan sahaja bangkit semula - kami belajar untuk terbang!" tulis tweet berkenaan.

    Samsung Galaxy Note 8 kini sudah dilancarkan di Sepanyol dan bersama Iberia Airlines, Samsung cuba untuk memulihkan imej syarikat berkenaan diperingkat antarabangsa, kata Timbalan Presiden Korporat Samsung Sepanyol, Celestino García.

    Kata Celestino, hadiah kepada 200 penumpang bertuah itu sekadar penghargaan kepada segala sokongan diberikan kepada Samsung selama ini.

    Bukan setakat telefon percuma, Samsung Sepanyol dengan kerjasama Iberia Airlines juga menawarkan makanan dan minuman secara percuma kepada setiap penumpang pesawat berkenaan.-Malaysian Digest

    Subjects:

  • No Comment to " 200 Penumpang Dapat Galaxy Note 8 Percuma "